Followers

Saturday 10 September 2011

[Tutorial] Nota Kaki

Assalamualaikum,

Kali ini aku ingin mengajar anda untuk membuat nota kaki atau footnote dalam setiap entri anda.

Aku telah mencubanya di Blogspot dan Wordpress, ternyata amat berkesan.

Sebelum itu, kita cuci mata dengan aksi-aksi luna maya terlebih dahulu:

Are you mad, bro?

Ok, setelah selesai cuci mata dan telinga, mari kita teruskan objektif utama kita.

Aku bagi contoh dahulu:
Testing 1 2 31
Anda nampak nombor 1 kecik kecil di atas tu? Itulah dipanggil nota kaki. Nota kaki ini penting untuk golongan yang suka ambil fakta-fakta daripada orang atau web lain. Aku amat tidak suka kepada segelintir Homo Sapiens yang plagiat, iaitu mengambil karya orang lain dan mengaku milik dia. Jika kita copy and paste karya orang lain, pastikan meletakkan credits kepada penulis asal. Lembu punya susuk susu, sapik sapi dapat nama.

Dalam Bahasa Arab, tampak jelas mereka amat tegas dengan kelakuan manusia yang suka plagiat. Mereka menamakan plagiat sebagai سارقه علمية(Sariqah Ilmiah) iaitu Pencuri Ilmu. NAH! Apapun, kita teruskan kembali apa yang kita sedang buat.

Untuk membuat nota kaki seperti di atas, anda memerlukan HTML kod. Tukarkan tempat anda menulis menjadi mod HTML dan masukkan kod ini selepas fakta yang dikehendaki:
No. anda
Jadi, contoh yang aku berikan tadi sepatutnya menjadi:
Testing 1 2 31

Ok, sekiranya anda sudah faham bab di atas, mari kita pergi ke bahagian yang kedua
Testing1
Testing2

1.Text biasa
2. Hyperlink Text
Ok, cuba anda klik nota kaki nombor 1 itu. Bukankah anda akan pergi ke "1.Text biasa"? Kali ini aku menambahkan sedikit kod supaya pembaca mudah untuk mencari rujukan. Kodnya adalah seperti berikut:
No. anda

Ok, untuk contoh tadi, aku menggunakan:
Testing1

1.Text biasa
Perlu difahami bahawa, rujukan biasanya diletak pada bahagian paling bawah setiap entri/pos/muka surat.

Untuk yang kedua pula, anda akan dibawa ke halaman utama ini sekiranya anda klik rujukan kedua itu. Kodnya adalah sama kecuali anda perlu memasukkan URL seperti ini:
2. Hyperlink Text

http://jurnal-penggodam.blogspot.com/ merupakan halaman utama aku. Jadi, ubah URL ini kepada URL yang anda kehendaki.

Setakat ini sahaja ilmu aku. Terokailah alam HTML ini dengan kreatif.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...