Followers

Saturday 24 September 2011

[Sharing] JDownloader

Assalamualaikum...

Pernah dengar JDownloader? JDownloader merupakan perisian yang memudahkan para pengguna Internet untuk memuat turun fail-fail daripada File Hosting. Aku lebih suka menggunakan perisian ini berbanding Internet Download Managaer (IDM) kerana beberapa faktor. Perisian sumber terbuka mempunyai fungsi LinkGrabber yang tidak ada pada IDM.



Ciri-ciri:
  • PERCUMA!
  • Boleh mengubah Theme mengikut kehendak masing-masing
  • Apabila pautan di copy ke clipboard, JDownloader akan automatik mengesan pautan tersebut
  • Muat turun secara automatik
  • Extract fail-dail .zip dan .rar secara automatik
  • Menggabungkan fail-fail kembali secara automatik
  • Menyokong lebih daripada 150 laman web yang menyediakan khidmat perkongsian fail
  • Memuat turun video (atau audio sahaja!) daripada Youtube.com
  • Sekiranya pautan gambar atau video dicopy ke clipboard, JDownloader membolehkan anda memuat turun gambar atau video tersebut dengan mudah
  • Boleh mengubah IP Address secara automatik
Kelemahan:
  • Sekiranya kita copy sesuatu pautan yang mengandungi fail, video atau gambar, JDownloader akan pop up dengan sendiri
  • Memakan masa yang lama untuk menghidupkan perisian tersebut
  • Anti-CAPTCHA yang kurang berfungsi
Sedikit screenshots (Ambil daripada Google):


  Pautan untuk muat turun:
Laman web rasmi:

http://jdownloader.org/home/index
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...