Followers

Saturday 10 September 2011

Penggodam - Baik Atau Jahat?


Assalamualaikum,

Oleh sebab nama blog ini Psikologi Seorang Penggodam, sudah tentu para pembaca menyangkanya isi kandungan blog ini penuh dengan ilmu-ilmu menggoda penggodaman yang bertujuan untuk membuat perkara jahat.



TIDAK! Blog ini merujuk khusus kepada kehidupan penggodam-penggodam yang tersepit antara dunia realiti dengan dunia maya ini. Aku juga akan berkongsi ilmu-ilmu yang tidak seberapa hebat meliputi fakta-fakta berkaitan teknologi, agama, sosial dan sewaktu dengannya. Kalau aku rajin, aku akan kongsikan perisian, filem-filem, Kamen Rider drama bersiri dan Anime cerita-cerita yang boleh mengembangkan daya imaginasi :P.

Sesuai dengan entri yang pertama, aku akan membetulkan fikrah awam yang prejudis terhadap golongan penggodam ini. Penggodam sering disalahertikan sebagai manusia yang menyalahgunakan teknologi untuk kepentingan sendiri. Tahukah anda, tanpa mereka ini maka dunia maya tidak akan terbentuk? Penggodam atau dalam Bahasa Inggerisnya Hackers, ialah sebuah perkataan yang terlalu am. Penggodam boleh jadi mereka yang bekerja sebagai jurutera perisian, sebagai seorang penjenayah berkolar putih dan sewaktu dengannya.

Mengikut definisi yang diberikan oleh Atuk Wikipedia:
Penggodam ialah seorang yang mencipta dan mengubah suai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer, pentadbiran, dan urusan-yang berkaitan dengan keselamatan.1
Kebiasaannya, bahasa pengaturcaraan atau dikenali juga sebagai Programming Languages merujuk kepada bahasa yang digunakan untuk membuat sesuatu perisian. Bahasa yang ringkas ini berkait rapat dengan Ilmu Hisab yang sekarang dikenali sebagai Matematik. Sebagai contoh bahasa pengaturcaraan ialah VB.net, C, C++, Phython, HTML dan PHP.

Bukan itu sahaja, penggodam juga turut menggunakan kod-kod khas seperti HEX, Binary dan Base64 ketika menaip kod untuk membuat perisian. NAH! Apakah mudah untuk menjadi seorang penggodam? Penggodam yang baik dikenali sebagai White Hat Hackers iaitu penggodam yang tidak melakukan kerja jahat dengan kebakaran kepakaran mereka. Mereka inilah yang banyak memberi sumbangan dalam mengembangkan dunia tanpa batasan dalam arus ledakan globalisasi ini.

Menurut Atuk Wikipedia lagi:
Dalam keselamatan komputer, penggodam merupakan orang yang mengkhusus dalam kerja berkaitan mekanisme keselamatan sistem komputer dan rangkaian. Walaupun ia termasuk mereka yang berusahan menguatkan mekanisme-mekanisme tersebut, ia lebih kerap digunakan, terutamanya dalam media massa, untuk merujuk kepada mereka yang cuba masuk melepasi mekanisme-mekanisme tersebut.2
Penggodam yang selalu orang awam kenal dikenali sebagai Black Hat Hackers dan Crackers. Mereka ini mempunyai ilmu psikologi yang hebat, bermulut manis di samping mempunyai ilmu godam yang tinggi. Kejuruteraan Sosial(Social Engineering) merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu ada dalam diri mereka. Mereka akan mencari target mereka dan mengumpul maklumat mengenai target mereka dengan mudah sebelum mereka menyerang atau mencuri akaun-akaun peribadi anda. Oleh sebab itu, anonymity dalam dunia siber ini amat penting untuk menjaga privasi anda.

Sebelum noktah terakhir, aku ingin menegaskan bahawa tidak semua insan yang bergelar penggodam itu jahat tetapi semua penggoda itu jahat :P. Ilmu penggodaman ini penting untuk memajukan sesebuah negara. Penggodaman juga satu ilmu penting untuk menjadikannya wadah untuk mengelakkan wahana-wahana yang bakal berlaku dalam dunia siber ini tidak lama lagi. Oleh itu, saya menegaskan, kena godam itu bukanlah perkara buruk, tetapi amat buruk!.

Sekian.
_____________________________________________________________________________________
1. Atuk Wikipedia Versi Melayu  
2. Atuk Wikipedia Bahasa Melayu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...