Followers

Friday 23 September 2011

[Hack] Cara mudah mendapatkan akaun Facebook

Assalamualaikum...

Dalam pos kali ini, aku akan mengajar teknik yang paling mudah dan paling berkesan untuk mendapatkan kata laluan, dengan kata lain akaun, Facebook milik orang lain. 

Cara ini sebenarnya ialah rahsia. Oleh sebab Mark Zuckerberg hanya memahami Bahasa Melayu dengan bantuan Google Translate, maka tutorial ini amat susah untuk difahami oleh beliau sekaligus melambatkan proses membaiki masalah ini



Seperti biasa, aku akan menyenaraikan item-item yang perlu disediakan:
  • Mampu menggunakan komputer
  • Memiliki sebuah komputer yang lengkap
  • Sambungan Internet, sama ada Ethernet ataupun Wi-Fi
  • Sebuah akaun Facebook
  • Target untuk penggodaman
  • WARAS
 Ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  • Sambung komputer anda kepada suis terdekat
  • Hidupkan komputer anda
  • Pastikan komputer anda disambungkan ke Internet, kemudian layari http://www.facebook.com/
  • Log masuk ke dalam akaun anda
  • Tunggu target anda untuk masuk ke dalam talian (online)
  • Buka ruangan sembang (chat) dengan target anda
  • Pancing target anda dengan kemahiran anda sendiri seperti bertanya khabar dan sewaktu dengannya
Langkah seterusnya ialah langkah terakhir. Untuk memastikan Mark Zuckerberg tidak menterjemah langkah terakhir ini, aku sengaja menekan butang "Enter" supaya beliau tidak sedar langkah ini wujud. Sila skrol ke bawah:
















































  • Taip dalam ruangan sembang seperti ini "Hai, I merayu kat u nie.. Plsss bg I email + password untuk akaun facebook u leh tak?" kemudian tekan "Enter"
  • Penggodaman selesai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...