Followers

Thursday 15 September 2011

[Blog] IntenseDebate - Ruangan komen yang terbaik

Assalamualaikum...

Selepas balik dari sekolah hari ini, aku terus menerpa komputerku yang telah menunggu tuannya selama 8 jam dengan penuh kesabaran.

Aku cuba mengubah kod-kod HTML untuk templateku untuk membolehkan pengunjung blog ini membuat komen hanya dengan log masuk Facebook sahaja.

Sampai berpinar-pinar mataku, aku membuat keputusan untuk menggunakan komen yang disediakan oleh pihak blogger.com sahaja. Kawan aku, pemilik blog -Death Nota- memberi cadangan kepadaku untuk menggunakan IntenseDebate.

*Ciri-ciri IntenseDebate

  1. Threaded komen, iaitu berangkai-rangkai(aku tidak tahu istilah dalam Bahasa Melayu.)
  2. Pengawasan komen yang mudah
  3. Boleh diintegrasi bersama Facebook, Wordpress, Twitter dan juga OpenID
  4. Pemberitahuan (Notification) akan dihantar ke E-mel kepada Moderator sekiranya ada komen terbaru
  5. Komen RSS
  6. Boleh menambah bilangan Moderator
  7. Terdapat pelbagai plug-ins yang unik dan menarik.
  8. Fungsi Gravatar
Skrin Tembak:

Admin:


Facebook pun ada:
Ruang log masuk dan kotak untuk mengisi tulisan untuk tujuan komen:

1. Daftar di IntenseDebate

Layari http://intensedebate.com/ kemudian tekan butang Sign Up. Isi maklumat yang sistem kehendaki dan pilih I want to install IntenseDebate on my blog or website. Kemudian, tekan Sign Up.


Kemudian, sistem akan menghantar e-mel pengesahan kepada e-mel anda. Hanya klik pada link yang disertai bersama e-mel.



Kemudian, klik Continue with your installation.




Masukkan URL blog anda, dan klik next



Pilih Template untuk bahagian How would you like to install IntenseDebate? dan pilih On all blog posts untuk bahagian Which blog post should have IntenseDebate comments enabled?




Muat naik template anda dengan mengikuti langkah yang disediakan. Kemudian, tekan Upload.





Ikuti langkah yang disediakan dengan mengubah template asal anda.

Kemudian klik Go and configure this IntenseDebate Account




2. Konfigurasi akaun anda

Setelah anda menekan link tadi, anda akan dibawa ke Dashboard IntenseDebate anda. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.





3. Integrasi dengan Facebook dan Twitter

Untuk memudahkan para pengunjung membuat sesuatu komen, kita juga boleh membuat integrasi untuk Facebook dan Twitter dengan IntenseDebate. Maksudnya, para pengunjung boleh membuat komen hanya dengan log masuk ke dalam akaun Facebook atau Twitter mereka sahaja.


Pergi ke tab Settings > Comments kemudian tick  Enable logins via Facebook Connect dan juga  Enable logins via Twitter.






API key? Oh!. Anda hanya perlu membuat aplikasi dalam Facebook di https://developers.facebook.com/apps/. Klik butang di sebelah kanan Create New App. Kemudian, ikuti gambar di bawah ini:




App ID itulah merupakan API Key. Copy ID tersebut dan paste ke dalam kotak API Key di Dashboard IntenseDebate tadi.

Kemudian, pergi ke Tools > Reinstall. Buat sepertimana kita lakukan pada langkah awal tadi. Maka, selesailah Tutorial  ini :D.



P/S: Mungkin untuk menambah butang Facebook dan Twitter akan mengambil masa sedikit. Maka, diharap bersabar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...