Followers

Monday 26 September 2011

[Fakta] 10 Sebab mengapa wanita inginkan kekasih seorang penggodam

Assalamualaikum...

Entri ini saya copy paste dan edit daripada nota yang dibuat oleh H3x0r Cr3w
















  • Penggodam merupakan jenis yang SETIA. Penggodam akan setia kepada kekasihnya sebagaimana mereka setia kepada komputer mereka.

  • Penggodam merupakan jenis orang yang JUJUR. Show Me The Codes menjadi prinsip mereka menyebabkan mereka menjadi berfikiran terbuka dan berkongsi pengalaman. Wanita suka mereka  yang jujur seadanya dan yang berfikiran terbuka.

  • Penggodam ialah orang yang ADIL. Tidak adil jika tidak membalas dendam dan tidak adil jika tidak menyerang balik sekiranya mereka diserang dalam alam maya

  • Penggodam suka BERKONGSI. Kebiasaan mereka yang mempunyai komuniti tersendiri untuk berkongsi segala cerita dan masalah boleh diaplikasi terhadap kekasih mereka

  • Penggodam merupakan orang yang suka MENEROKA. Mereka akan cuba sesuatu yang baru seperti kod-kod untuk membuat perisian. Sikap ini boleh diasimilisasikan dalam dunia realiti untuk meneroka kehendak kekasihnya.

  • Penggodam amat BERDIKARI. DO IT YOURSELF (DIY) dan Google It menjadi prinsip hidup mereka. Prinsip ini dilengkapkan dengan azam mereka Hack To Learn, Not Learn To Hack. Sekiranya mereka membuat kesilapan, mereka akan cuba membaiki keadaan sebaik mungkin.

  • Prinsip Think Out Of Box menjadikan para penggodam ini tidak terikat dengan sesuatu atau lebih dikenali sebagai PEMIKIRAN BEBAS. Mereka mempunyai kebolehan untuk berfikir sehingga ke tahap maksimum atau mungkin mencecah tahap infiniti kerana mereka sering berfikir di luar kotak.

  • Penggodam seorang SERIUS DAN BEKERJA KERAS. Sekiranya mereka mampu membuat beribu-ribu virus, Remote Administration Tools (RAT) atau dikenali sebagai Hamster dan juga mengusai pelbagai bahasa pengaturcaraan, sudah pasti mereka dapat membahagiakan kekasihnya.

  • Penggodam merupakan orang yang sangat MISTERI. Identiti mereka tidak diketahui dalam alam maya, menceburi bidang yang jarang orang sentuh  dan berkomunikasi dengan kawan-kawan mereka dengan bahasa yang tidak dapat difahami. Sudah pasti kekasih mereka akan teruja untuk membongkar rahsia mereka.

  • Penggodam MEMPESONA DAN MENGGODA seperti ___________________________ 

Lengkapkan ayat di atas dengan perkataan yang sesuai. :D

Sekian sahaja 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...