Followers

Monday 12 September 2011

Cara melajukan kelajuan muat turun

Assalamualaikum...

Adakah kelajuan muat turun di rumah anda amat perlahan? Aku punya kelajuan maksima sekitar 200kbps sahaja. Kadang-kadang kalau aku mahu memuat turun fail-fail yang penting, kelajuan sekitar 2.0kbps sahaja. Kadang-kadang aku nak marah dengan kelajuan yang sedang bermain troll dengan aku.



Tetapi, semuanya telah berubah setelah aku berkenalan dengan seorang penggodam tidak mahu didedahkan nama beliau. Aku panggil beliau dengan nama Mr. A(Anonymous). Aku pun minta tunjuk ajar beliau untuk melajukan kelajuan muat turun. Semudah membaca ABC, semudah mengunyah chewing gum, aku berjaya melakukannya.

Jadi kali ini, aku ingin dedahkan rahsia ini. Anda tidak perlu ada PhD dalam bidang Network Engineering atau Software Engineering, tetapi anda hanya perlu ada:
  1. Dua bola mata yang masih mempunyai komponen-komponen yang penting dan masih berfungsi
  2. Skrin komputer anda
  3. Sebuah papan kunci
  4. Ilmu untuk membaca Bahasa Melayu dan sedikit pengetahuan dalam Bahasa Inggeris
  5. Sebuah tetikus
  6. CPU dengan komponen yang lengkap dan berfungsi
  7. Internet
  8. Sambungan Internet ke komputer(Wi-Fi atau Ethernet)
Saya akan memberikan anda sebuah laman web. Setelah anda tekan, komputer anda mungkin akan meminta username and password. Sila guna yang ini:
  • Username: jdfkqp-0124a@
  • Password: 1471lak=lakqoazlda
Username and password ini tidak boleh copy and paste ke dalam ruangan tersebut. Untuk langkah keselamatan, aku sarankan anda untuk mencatatnya ke mana-mana kertas.

Ok, bersiap sedialah untuk kelajuan muat turun yang amat laju ini. Sila klik link di bawah:

Kelajuan Download Yang Ekstrim

P/S: Diubahsuai daripada pos oleh PedatangTanpaIzin di TBD.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...