Followers

Friday 30 September 2011

Apabila Perkahwinan Berlandaskan IT...

Assalamualaikum...

ENTRI ini diambil dan diubah sedikit daripada pos oleh ++W!NdoWs[+]CrAcK3R++ daripada TBD.my


Seorang wanita telah menghantar aduan kepada unit IT. Berikut adalah surat aduan yang telah dihantar oleh wanita tersebut.



















Kepada Unit Bantuan IT,

Tahun lalu saya telah menaiktaraf system Boyfriend 5.0 kepada Husband 1.0 dan saya mendapati keselurahan system prestasi Husband 1.0 makin menurun terutamanya dalam aplikasi Flower 3.5 dan Jewellery 2.0 yang sebelum ini mempunyai prestasi baik pada system Boyfriend 5.0.

Selain itu system Husband 1.0 juga telah banyak membuang aplikasi berharga seperti Romance 9.5 dan Personnel Attention 6.5 dan telah menginstall aplikasi yang menbosankan seperti News 5.0, Money 3.0 dan Soccer 4.1.

Aplikasi Conversation 8.0 juga sudah lama tidak dapat digunakan dan aplikasi HouseCleaning 2.6 telah membuatkan system crash beberapa kali.

Saya juga telah mencuba untuk menggunakan aplikasi Nagging 5.3 untuk membaiki masalah ini namun tidak berjaya.

Apa yang boleh saya lakukan?

Isteri Buntu.


--------------------------------------------------------------------------------

Balasan daripada IT Support.


Kepada Puan Isteri Buntu,

Pertama sekali puan harus memahami perbezaan system Boyfriend 5.0 adalah untuk berhibur manakala system Husband 1.0 adalah untuk kehidupan seharian.

Puan boleh mencuba cara ini... Beri arahan ini kepada system Husband 1.0 yang puan miliki.. Command : ithoughtyoulovedme.html dan cuba untuk muat turun aplikasi Tears 6.2 dan jangan lupa install aplikasi Guilt 3.0 yang terbaru.

Jika aplikasi tersebut berjalan lancar, secara automatik system akan membuka aplikasi Jewellery 2.0 dan Flowers 2.0

Tetapi harus puan ingat dengan cara memaksa sistem beroperasi seperti di atas sistem Husband 1.0 akan mengaktifkan fungsi Silent 2.5 dan Beer 6.1

Apa sahaja yang lakukan sila install aplikasi Spy 9.7, ini untuk mengelakkan virus Women Service.trojan menggangu sistem Husband 1.0 puan.

Apa pun adalah amat dielakkan untuk puan menginstall system Boyfriend 5.0, ini akan menyebabkan dual-boot dan akhirnya boleh menyebabkan system Husband 1.0 puan crash atau corrupt.

Apa pun system Husband 1.0 merupakan system yang terbaik tetapi ianya mempunya memori yang sedikit rendah dan agak lambat untuk mempelajari aplikasi baru.

Puan boleh mencuba aplikasi terbaru kami iaitu Cooking 3.0 dan Looks 7.7 yang akan membantu untuk meningkatkan memori dan prestasi system Husband 1.0 puan.

Semoga pejelasan saya ini dapat membantu puan.

Sekian, Terima Kasih.



IT Support International,

Tel    : 03-9867 5364      
Fax   : 03-7657 8490
Email : admin@itsupport.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...