Followers

Wednesday 14 September 2011

[Hack] Tambah Nilai RM 10 dan gunakannya tanpa batasan untuk Sebulan

Assalamualaikum


*FOR EDUCATIONAL PURPOSES ONLY.

Maaf atas trolling entri semalam. Aku kekurangan idea dan kesuntukkan masa untuk membuat entri yang sebenar.

Aku berjaya membuat satu trick untuk membuatkan tambah nilai RM10 boleh bertahan selama sebulan, walaupun anda bergayut beratus-ratus jam ataupun menghantar SMS berjuta-juta.


Mungkin telah ditakdirkan, pada suatu petang pukul 4:44 petang pada 4 April di sebuah cabang empat, aku telah terserempak dengan seorang pekerja sebuah syarikat Telco yang baru sahaja dibuang kerja. Beliau memperkenalkan dirinya kepada aku dan meluahkan perasaannya kepadaku walaupun kami baru sahaja 44 saat berkenalan.


Akibat bangang dengan majikannya yang melontar beliau ke lembah tanam anggur, beliau yang pernah bekerja di bahagian System Development telah mengajar aku bagaimana untuk menggodam sistem Telco dan meminta menyebarkannya ke seluruh penjuru alam ini. Beliau juga mengingatkan agar tidak menggunakan cara ini lebih dari 3 kali bagi nombor yang sama atau anda akan dikesan dan mungkin ditangkap.

Waktu untuk membuat penggodaman ini adalah pada 25hb setiap bulan dan pada jam 3:00-4:00 pagi. Hal ini demikian kerana sistem sedang diselenggarakan dan menyebabkan adanya loopholes dan vulnerabalities.


Langkah-langkah:

  1. Sediakan kad tambah nilai RM10. E-pay dan EasyReload tidak boleh digunakan untuk cara ini.
  2. Ambil syiling dan buang lapisan yang menghalang nombor itu dengan cara menggeseknya.
  3. Taip < ** REC 10 > , kemudian hantarkan ke 44444
  4. Tunggu SMS balas. 16 digit kod akan terpapar di skrin telefon anda. Hafal nombor kod itu.
  5. Taip < ** REC 10> <444444> <16 digit kod>, kemudian hantar ke 44444
  6. Pastu satu SMS balas yang memaparkan insert your top up number, kemudian taiplah 16 digit kad tambah nilai RM 10 tadi itu dan hantarkan ke 44444. Contoh: <0123456789101112> dan hantarkan ke 44444
  7. Tunggu SMS balas.
  8. Kemudian, anda sepatutnya menerima SMS macam ni:
    Oi! Ko ingat syarikat ni mak cik ko punya? Nak masuk tandas pun kena bayar RM 0.20, ko nak top up free. Dahla, aku dah bosan tengok nombor 44444.

Setelah membaca SMS begini, aku terus menangis tanpa henti dalam bilikku. Sampai hati diorang kutuk mak cik aku yang aku sayangi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...